TANAH LiAT PUTIH. 100% Semulajadi. Selamat Digunakan. Sesuai untuk semua jenis kulit dan peringkat umur. Begin With Clay. Live With Clay End With Clay. Natural Ingredients And Remedies Are The Best Do It Yourself. Get Yourself Busy With White Clay Powder. Mask Your Face And Many More...

Sunday, February 5, 2017

Tips Usahawan Hebat Berjaya

Teknik Utk Usahawan Taybah mesti BERJAYA

🌟 10 Tips Pantas Teknik Untuk Usahawan Taybah Mesti Berjaya Tarik !! 🌟

1. Mereka berkawan dengan orang yang betul.
2. Mereka tidak bertangguh.
3. Hati kering, tidak menghiraukan kutukan dan sindiran negatif.
4. Fokus, Fokus, Fokus, Fokus dan Fokus...!
5. Mereka sanggup invest wang, tenaga dan masa untuk kejayaan mereka.
6. Mereka bina networking yang bagus.
7. Mereka konsisten dan tidak mudah berputus asa.
8. Mereka ini pantas membuat sebarang keputusan dan pantas mrmbuat tindakan.
9. Sentiasa bertawakal dan sabar setelah bersungguh-sungguh berusaha.
10. Redha, tenang dan sentiasa berlapang dada dengan apa saja situasi dan kerenah orang di sekeliling.

Tahniah anda telah habis membacanya, anda adalah insan-insan HEBAT!!
Semoga anda sukses dunia akhirat...
Apalagi? Bertindaklah sekarang…!!
Anda Hebat! Anda Hebat...

Kredit : Whatsapp Group

www.fb.com/claynaturalhealings




Saturday, February 4, 2017

Mulut Berbau Dan Teknik Mengatasinya

Antara penyebab mulut berbau kerana gigi berlubang, tidak menggosok gigi dengan betul dan menyebabkan terdapat bakteria di celah-celah gigi. Selain itu permukaan atas lidah dan lelangit juga tidak diberus sehingga menyebabkan bau mulut yang kuat.

Ada beberapa cara untuk menghilangkan bau mulut tanpa perlu mengunyah gula-gula.

☘ Rendam tanah liat putih dengan air sehingga tanah mendap ke bawah atau tapis air tersebut dan kumur mulut sebelum menggosok gigi. Ia juga boleh campurkan dengan sedikit tanah liat putih yang diletakkan ke atas berus gigi dan gosok gigi seperti biasa.

☘ Rendam beras semalaman dan tumbuk beras. Tapis airnya dan kumur mulut. Lakukan selalu.

☘ Ambil 10 ulas bunga cengkih dan 3 ulas bawang putih. Tumbuk lumat-lumat dan gosok pada gigi serta berkumur. Lakukan 3 hari sekali.

☘ Rebus daun sireh dan dibuat kumur mulut.

❤😘 Semoga bermanfaat untuk semua. 



www.fb.com/claynaturalhealings


Wednesday, February 1, 2017

Cara Mengatasi Bisul

Tahukah anda bahawa bisul boleh menyebabkan kita demam dan sakit badan serta boleh berjangkit. Terdapat beberapa kaedah untuk merawat bisul pada tubuh badan.

Kaedah yang utama adalah percepatkan proses bisul masak :
Caranya gunakan kain dan celup kain dengan air suam. Perah air sedikit dan tekup bisul sehingga masak. Lakukan berulang kali. Selepas bisul masak, tekan tempat bisul sehingga keluar punat.

Kaedah  lain untuk mengatasi masalah bisul :
Pastikan bisul tersebut sudah masak. Sekiranya terdapat punat, bisul tersebut mestilah dicegah sebelum menjadi parah kerana ia boleh berjangkit ke tempat lain.

Cara paling mudah iaitu apabila bisul telah mulai dah masak, ambil jarum peniti yang bersih dan tidak berkarat. Jikalau boleh jarum peniti yang masih belum digunakan. Cucuk ke tempat bisuldan pastikan bisul tersebut terkoyak sedikit sehingga bisul nanah keluar.

Selepas itu, keluarkan nanah tersebut dengan memicit nanah sehingga darah keluar. Ia bagi memastikan nanah akan keluar sehingga habis.

Untuk rawatan, jangan sesekali makan telur. Ia adalah berbisa.

Kaedah cara tradisional yg boleh menyerap saki-baki bisa bisul tersebut ialah :

1-Tempek tempat bisul dengan daun sireh atau daun bunga raya yang telah ditumbuk.
2-Rendam uncang teh dalam air panas selama 5 minit. Tekap pada bisul. Buat berulang kali.
3- Gunakan tanah liat putih tempek pada bisul kerana ia boleh menyerap bisa dan racun serta mengecutkan tempat bisul.

❤😘 Semoga bermanfaat untuk semua.

Bisul yang tidak dirawat.


www.fb.com/claynaturalhealings