Rawatan Cara Nabi s.a.w :
Dalam Sahih Bukhari Muslim diriwayatkan bahawa Aisyah r.a berkata, ”Jika seseorang mengadu mengenai kudis (penyakit kulit) atau luka, Rasulullah s.a.w meletakkan jejarinya sambil membaca : maksudnya: ”Bismillah…tanah bumi kami dengan campuran air liur di kalangan kami, disembuhkan orang sakit di kalangan kami dengan izin Tuhan kami.”
Tanah liat merupakan penawar penyakit kulit warisan cara Nabi s.a.w. paling mujarab serta warisan nenek moyang turun temurun. Ia bebas daripada bahan kimia terlarang serta ekstrak haiwan.
Dalam Sahih Bukhari Muslim diriwayatkan bahawa Aisyah r.a berkata, ”Jika seseorang mengadu mengenai kudis (penyakit kulit) atau luka, Rasulullah s.a.w meletakkan jejarinya sambil membaca : maksudnya: ”Bismillah…tanah bumi kami dengan campuran air liur di kalangan kami, disembuhkan orang sakit di kalangan kami dengan izin Tuhan kami.”
Tanah liat merupakan penawar penyakit kulit warisan cara Nabi s.a.w. paling mujarab serta warisan nenek moyang turun temurun. Ia bebas daripada bahan kimia terlarang serta ekstrak haiwan.
Dalam Kitab Tib Nabawi (Perubatan Rasulullah SAW) karangan Ibnu Qayim :
Kata Ibn Qayyim : ”Ini adalah rawatan yang mudah dan bermanfaat untuk pelbagai jenis kudis dan luka baru terutama jika tidak ada ubat lain. Tanah yang bersifat dingin dan kering yang ada di seluruh dunia boleh mengeringkan kelembapan kudis atau luka. Kelembapan ini menghalang proses semulajadi penyembuhan yang cepat, terutama di kawasan panas terik. Cuaca panas akan menambah rasa sakit terutamanya bagi orang yang sensitif pada panas. Tanah yang bersih setelah dicucikan dan dikeringkan amat berkesan untuk meredakan panas yang disebabkan oleh luka.
Ini kerana tanah yang bersih mempunyai sifat dingin dan kering, bahkan lebih dingin dibandingkan dengan ubat-ubatan yang paling berkesan. Oleh sebab ia merupakan bahan pengering yang kuat melawan kelembapan (kudis atau luka), tanah bersih (tanah liat) ini boleh membantu mengeringkan kelembapan kudis dan luka agar tidak menjadi bertambah besar. Ia juga boleh membantu mendinginkan kepanaans organ dalaman yang sakit sehingga boleh menguatkan kekebalan tubuh. Dengan yang demikian iaitu dengan izin Allah s.w.t. tanah liat ini boleh menyembuhkan penyakit.
Manakala herba dan akar kayu yang kuat serta bersifat panas adalah suppressive. Symptom ekzema cepat hilang atau lega, tetapi symptom akan keluar kembali. Ia boleh menyebabkan parut, kulit tebal, kering dan kesan hitam pada kulit. Oleh sebab itu, herba yang bersifat panas kurang sesuai untuk merawat ekzema jika dibandingkan dengan tanah liat putih.
Tanah Liat Putih juga mengandungi mineral-mineral semulajadi yang amat diperlukan oleh kulit untuk menjadikannya sihat dan bersih. Mineral-mineral ini akan bertindak merangsang serta melancarkan peredaran darah pada kulit. Penggunaan Tanah Liat Putih digabungkan dengan Air Mineral Semulajadi (White Clay with Natural Healing Water) yang ditapis secara betul, akan membantu membuang sel-sel kulit mati, membuang toksin dan racun yang terdapat pada kulit, membersihkan pori-pori muka dan lain-lain lagi. Adalah disarankan Tanah Liat Putih ini digunakan dengan air yang ditapis kerana air ini akan membantu memaksimakan keberkesanannya.
Kebiasaannya kesan setiap individu yang menggunakan terapi tanah liat putih ini berbeza-beza iaitu ada yang cepat mahupun lambat. Bagi rawatan kulit wajah yang kronik akan mengambil masa untuk tanah liat putih ini meneutralkan campuran toxin serta bahan kimia berbahaya yang datangnya daripada pemakaian bedak alas muka yang bersifat kimia. Setelah itu, baharulah kulit akan mengalami proses penyembuhan secara semulajadi.
Tanah liat putih telah dikenalpasti dan diteliti sebagai bahan yang baik untuk kesihatan kita samada secara luaran mahupun dalaman. Penggunaan tanah liat dengan cara mengambilnya secara oral untuk kesihatan telah dipraktikkan sejak dahulu kala oleh orang-orang Indian di pegunungan tinggi Andes, penduduk asli Mexico, suku di Afrika Tengah dan suku Aborigin di Australia.
Dari segi sejarah, terapi ini sudah dikenali sejak 4000 tahun yang lalu. Terdapat beberapa suku di Indonesia yang memakan tanah liat putih untuk mengubati sakit perut mereka. Jika dimakan, tanah liat juga akan membantu menghilangkan racun dalam sistem pencernaan. Buruli Ulcer (mirip dengan lepra) dan tuberculosis mycobacterium (penyakit yang memakan daging) juga dapat disembuhkan dengan terapi ini. Untuk luka luaran, tanah liat putih dipakai untuk mengurangi rasa sakit dan jangkitan. Ia amat sesuai bagi manusia mahupun haiwan.
Telah diteliti bahawa haiwan akan menjilat tanah sebagai diet seharian mereka dan berguling-guling diatasnya untuk meringankan luka mereka. Lumpur menyihatkan lembu dengan pneumonia. Doktor haiwan menggunakan tanah liat kepada anjing, kucing, kuda, dan lain-lain untuk berbagai macam penyakit termasuk luka, diarrhae, racun dan infeksi. Beberapa burung pemakan tumbuhan beracun akan memakan tanah liat untuk meneutralkan racun tanaman yang mereka makan.
Antara khasiat terapi tanah liat yang lain adalah untuk luka luaran, colitis, diare, hemoroid, luka pada perut, masalah perut, jerawat, osteoporosis, anemia, kecantikan, membersihkan organ dalaman, anti parasit, membersihkan racun, dan anti-radiasi. Anda boleh menggunakan tanah liat sebagai terapi dengan cara menyapukannya pada bahagian yang sakit, memakan/meminumnya, atau berendam dalam baldi air yang bercampur dengan tanah liat. Apabila Anda berendam selama 30 minit dalam larutan tanah liat, logam-logam beracun dalam tubuh anda akan ditarik keluar dan diserap oleh tanah liat tersebut.
Tanah liat mengandungi beberapa unsur mineral yang meningkatkan produksi enzim-enzim tertentu dalam organ kita. Ketika suku Indian Pomo dari California menggunakan tanah liat dengan buah pohon ek yang pahit dan beracun, tanah liat tersebut menyerap racunnya dan menghilangkan rasa pahit yang ada. Jika mereka tidak memakai tanah liat, mereka akan mengalami masalah kesihatan yang serius.
Dalam suatu eksperimen makmal, beberapa ekor tikus percubaan diberi makan tanah liat untuk mengobati sakit perut mereka akibat keracunan. Selain itu, simpanse (sejenis spesis kera) juga ternyata menggunakan tanah liat setelah mereka makan tanaman beracun. Penelitian atas kesan tanah liat terhadap racun menunjukkan bahawa tanah liat dapat menyerap racun dalam makanan seharian kita. Seperti racun bakteria akibat gangguan parasit dalam perut, ion hydrogen dari acidosis, atau racun metabolic seperti misalnya hormon steroid berlebihan dalam kehamilan.
Sumber : Pelbagai sumber rujukan.
Sumber : Pelbagai sumber rujukan.
![]() |
www.fb.com/claynaturalhealings |
0 comments:
New comments are not allowed.