Unsur air merupakan satu unsur yang sangat taat dan patuh kepada arahan, Oleh sebab itu, kita tidak boleh melangkah air tersebut kecuali ketika mandi. Kita juga tidak boleh bercakap perkara yang bukan-bukan serta berunsur negatif di hadapan air. Ini disebabkan oleh air akan absorb atau menyerap apa sahaja yang kita perkatakan. Dengan kata lain, air mudah merakam dan merekod sebarang program.
Kita juga sedia maklum yang mana air dan tanah adalah dua unsur yang saling memerlukan antara satu sama lain dan tidak dapat dipisahkan. Oleh itu kedua-dua unsur ini adalah sama penting terutamanya dalam bidang rawatan. Malahan disebabkan oleh kepentingan keduanya, tanah liat putih ini juga boleh dibawa tayamum dan juga samak.
Kita sering mendengar bahawa banyak perkara yang berlaku akibat holy water ini. Tetapi, tahukah kita bahawa kita boleh program semula air tersebut supaya menjadi tawar dengan menggunakan tanah. Segala usaha untuk memulihkan individu yang terminum holy water ini bergantung kepada keizinan Tuhan juga serta keyakinan kita ketika berdoa dan membuat permohonan di samping usaha yang berterusan. Lambat atau cepat bergantung kepada Allah s.w.t. Apa yang penting, kita tidak mudah putus asa.
Méngenai isu holy water ini kebiasaannya ia diproses daripada darah anjing hitam. Sebagai seorang Muslim, kita diharamkan memakan anjing dan babi kerana haram hukumnya dari segi hukum syarak.
Oleh itu, kita boleh samak menggunakan air tanah liat putih dengan membaca Kalimah Allah, selawat dan disertai dengan niat dan doa Selepas itu kita lalukan dengan air yang telah dibacakan ayat dan doa tertentu. Jangan lupa membuat air terapi tanah liat putih ini dan diminum selepas airnya ditapis dalam kuantiti yang sedikit. Inshaa Allah dengan izin Allah s.w.t boleh pulih seperti sedia kala.
Sekali lagi, saya katakan tanah liat putih ini bersifat membersih dan boleh dijadikan sebagai penawar. Jangan lupa gabungkan dengan air kerana ia saling memerlukan. Tanah dan air tidak dapat dipisahkan. Ia diibaratkan air dicincang tidak akan putus. Begitulah jua pertalian antara air dan tanah.
❤Semoga segala usaha diberkati Allah s.w.t dan salam hormat daripada kami.
0 comments:
Post a Comment