Antara penyebab mulut berbau kerana gigi berlubang, tidak menggosok gigi dengan betul dan menyebabkan terdapat bakteria di celah-celah gigi. Selain itu permukaan atas lidah dan lelangit juga tidak diberus sehingga menyebabkan bau mulut yang kuat.
Ada beberapa cara untuk menghilangkan bau mulut tanpa perlu mengunyah gula-gula.
☘ Rendam tanah liat putih dengan air sehingga tanah mendap ke bawah atau tapis air tersebut dan kumur mulut sebelum menggosok gigi. Ia juga boleh campurkan dengan sedikit tanah liat putih yang diletakkan ke atas berus gigi dan gosok gigi seperti biasa.
☘ Rendam beras semalaman dan tumbuk beras. Tapis airnya dan kumur mulut. Lakukan selalu.
☘ Ambil 10 ulas bunga cengkih dan 3 ulas bawang putih. Tumbuk lumat-lumat dan gosok pada gigi serta berkumur. Lakukan 3 hari sekali.
☘ Rebus daun sireh dan dibuat kumur mulut.
❤😘 Semoga bermanfaat untuk semua.
![]() |
www.fb.com/claynaturalhealings |
0 comments:
Post a Comment