TANAH LiAT PUTIH. 100% Semulajadi. Selamat Digunakan. Sesuai untuk semua jenis kulit dan peringkat umur. Begin With Clay. Live With Clay End With Clay. Natural Ingredients And Remedies Are The Best Do It Yourself. Get Yourself Busy With White Clay Powder. Mask Your Face And Many More...

Thursday, May 17, 2018

Guna White Clay Dengan Air Mawar. Boleh Atau Tidak

Ada yang bertanya boleh atau tidak kita menggunakan air mawar dengan tanah liat putih (white clay) untuk membersihkan wajah?

Sebenarnya boleh tetapi pastikan kita mengasingkan tanah liat putih yang ingin kita gunakan dan simpan.

Caranya ialah sebelum tempek tanah liat putih sebagai bedak, campurkan air ditapis atau air mawar.

Selepas itu, bilas wajah dan oleskan wajah dengan air mawar atau limau kasturi. Inshaa Allah hasilnya pasti memuaskan jika diamalkan selalu.


💐 Nota :
Tanah liat putih boleh disimpan dalam keadaan kering atau basah (jika bercampur dengan air). Sekiranya tanah liat putih yang telah digunakan untuk terapi rendaman badan atau kaki, ia tidak boleh digunakan lagi dan perlu dibuang ke atas tanah untuk meneutralkannya dengan tanah juga.

❤😘 Semoga bermanfaat untuk semua. Terima kaseh.



www.fb.com/claynaturalhealings


Sunday, February 5, 2017

Tips Usahawan Hebat Berjaya

Teknik Utk Usahawan Taybah mesti BERJAYA

🌟 10 Tips Pantas Teknik Untuk Usahawan Taybah Mesti Berjaya Tarik !! 🌟

1. Mereka berkawan dengan orang yang betul.
2. Mereka tidak bertangguh.
3. Hati kering, tidak menghiraukan kutukan dan sindiran negatif.
4. Fokus, Fokus, Fokus, Fokus dan Fokus...!
5. Mereka sanggup invest wang, tenaga dan masa untuk kejayaan mereka.
6. Mereka bina networking yang bagus.
7. Mereka konsisten dan tidak mudah berputus asa.
8. Mereka ini pantas membuat sebarang keputusan dan pantas mrmbuat tindakan.
9. Sentiasa bertawakal dan sabar setelah bersungguh-sungguh berusaha.
10. Redha, tenang dan sentiasa berlapang dada dengan apa saja situasi dan kerenah orang di sekeliling.

Tahniah anda telah habis membacanya, anda adalah insan-insan HEBAT!!
Semoga anda sukses dunia akhirat...
Apalagi? Bertindaklah sekarang…!!
Anda Hebat! Anda Hebat...

Kredit : Whatsapp Group

www.fb.com/claynaturalhealings




Saturday, February 4, 2017

Mulut Berbau Dan Teknik Mengatasinya

Antara penyebab mulut berbau kerana gigi berlubang, tidak menggosok gigi dengan betul dan menyebabkan terdapat bakteria di celah-celah gigi. Selain itu permukaan atas lidah dan lelangit juga tidak diberus sehingga menyebabkan bau mulut yang kuat.

Ada beberapa cara untuk menghilangkan bau mulut tanpa perlu mengunyah gula-gula.

☘ Rendam tanah liat putih dengan air sehingga tanah mendap ke bawah atau tapis air tersebut dan kumur mulut sebelum menggosok gigi. Ia juga boleh campurkan dengan sedikit tanah liat putih yang diletakkan ke atas berus gigi dan gosok gigi seperti biasa.

☘ Rendam beras semalaman dan tumbuk beras. Tapis airnya dan kumur mulut. Lakukan selalu.

☘ Ambil 10 ulas bunga cengkih dan 3 ulas bawang putih. Tumbuk lumat-lumat dan gosok pada gigi serta berkumur. Lakukan 3 hari sekali.

☘ Rebus daun sireh dan dibuat kumur mulut.

❤😘 Semoga bermanfaat untuk semua. 



www.fb.com/claynaturalhealings


Wednesday, February 1, 2017

Cara Mengatasi Bisul

Tahukah anda bahawa bisul boleh menyebabkan kita demam dan sakit badan serta boleh berjangkit. Terdapat beberapa kaedah untuk merawat bisul pada tubuh badan.

Kaedah yang utama adalah percepatkan proses bisul masak :
Caranya gunakan kain dan celup kain dengan air suam. Perah air sedikit dan tekup bisul sehingga masak. Lakukan berulang kali. Selepas bisul masak, tekan tempat bisul sehingga keluar punat.

Kaedah  lain untuk mengatasi masalah bisul :
Pastikan bisul tersebut sudah masak. Sekiranya terdapat punat, bisul tersebut mestilah dicegah sebelum menjadi parah kerana ia boleh berjangkit ke tempat lain.

Cara paling mudah iaitu apabila bisul telah mulai dah masak, ambil jarum peniti yang bersih dan tidak berkarat. Jikalau boleh jarum peniti yang masih belum digunakan. Cucuk ke tempat bisuldan pastikan bisul tersebut terkoyak sedikit sehingga bisul nanah keluar.

Selepas itu, keluarkan nanah tersebut dengan memicit nanah sehingga darah keluar. Ia bagi memastikan nanah akan keluar sehingga habis.

Untuk rawatan, jangan sesekali makan telur. Ia adalah berbisa.

Kaedah cara tradisional yg boleh menyerap saki-baki bisa bisul tersebut ialah :

1-Tempek tempat bisul dengan daun sireh atau daun bunga raya yang telah ditumbuk.
2-Rendam uncang teh dalam air panas selama 5 minit. Tekap pada bisul. Buat berulang kali.
3- Gunakan tanah liat putih tempek pada bisul kerana ia boleh menyerap bisa dan racun serta mengecutkan tempat bisul.

❤😘 Semoga bermanfaat untuk semua.

Bisul yang tidak dirawat.


www.fb.com/claynaturalhealings




Tuesday, January 31, 2017

Sakit Gatal Kulit

Anda sakit gatal kulit? kusta? kurap? Ubatinya spt yg diperintahkanNya kpd Nabi Ayyub a.s. yg menderita kerana penyakit dalam Surah Sod ayat ke-42.

ارْكُضْ بِرِجْلِكَ هَذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وَشَرَابٌ

“Hentaklah (Bumi) dengan kaki kamu”, (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): “Inilah air sejuk untuk mandi dan minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin)”.

Kaedahnya:

1. Mandi dengan air daun bidara 7 helai setiap hari (diramas dan digosok daunnya) atau;

2. Mandi dengan limau purut setiap hari atau ;

3. Mandi dengan larutan sesudu garam/tawas atau ;

4. Mandi dengan campuran segenggam tanah (bukan macam nak samak) ;

5. Mandi dengan daun gelenggang (diramas dan digosok daunnya). (Perubatan tradisional Melayu).

Sebelum mandi, hentakkan kaki ke Bumi (menghentak kaki ke bumi mungkin suatu bidaah, tetapi untuk rawatan kulit ini, kita mahu ambil keberkatan hentakan kaki sebagaimana perbuatan Nabi Ayyub a.s dalam wahyu Illlahi), lalu dijirus air ke seluruh tubuh sambil membaca doa sebelum mandi, doanya ialah :

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
ارْكُضْ بِرِجْلِكَ هَذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وَشَرَابٌ

Kesemua air mandian dicampur ais kerana yang kita nak dapatkan ialah air sejuknya (بَارِدٌ).

Jgn lupa buat zikir 83x selepas solat, zikirnya dari doa nabi Ayyub iaitu :

أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”.

Kredit kedir : Whatsapp UW.

www.fb.com/claynaturalhealings


Cara Guna White Clay Kepada Organ Dalaman

Kita digalakkan menyapu tanah liat putih kepada satu-satu organ dalam satu-satu masa perawatan.

Sekiranya kita menyapu tanah liat putih khusus untuk sakit dalaman perut, kita tidak digalakkan menyapu di bahagian lain seperti bahagian dada atau kaki kecuali sekiranya kita menggunakannya sebagai bedak atau masker wajah, ia adalah dibolehkan bersama dengan organ dalaman seperti perut misalnya. Contoh yang tidak digalakkan ialah kita menempek tanah liat putih di perut serta di kawasan kaki pesakit kencing manis.

Ini disebabkan oleh kita digalakkan mengkhusus kepada satu-satu bahagian dalam satu-satu masa agar lebih cepat bertindak balas dan berkesan.

❤😘 Semoga bermanfaat untuk semua.


www.fb.com/claynaturalhealings

Sunday, January 29, 2017

Kilatkan Kuku Tanpa Bahan Kimia

Kilatkan Kuku Tanpa Bahan Kimia

Kuku jari dan kaki nampak gelap terutamanya bagi perokok. Amalkan cara ini dengan teratur supaya kuku nampak cantik, berkilat dan bersih.

Amalkan rendaman kaki dengan air terapi tanah liat putih selama 10-30 minit sehari.

ATAU

Anda ambil dan gosok tanah liat putih yang telah dicampur sedikit air. Biarkan seketika dan bilas.

Selepas itu, ambil beberapa ulas bawang putih yang telah dibelah 2 atau ditumbuk halus. Gosok bawang putih ini ke permukaan kuku selama beberapa minit dan biarkan terlebih dahulu, baru dicuci.

Inshaa Allah jika diamalkan setiap hari, permukaan kuku akan berkilat dan bersih semula. Selamat mencuba.

❤😘 Semoga bermanfaat untuk semua. Terima kasih.


Kuku kaki pun mesti dijaga kebersihannya, berkilat dan cantik..

www.fb.com/claynaturalhealings

Kunyit Herba Penyembuh Mujarab

Kunyit Herba Utama Penyembuh Mujarab

Banyak kegunaan kunyit yang digunakan sebagai penyembuh dalaman. Gabungannya dengan pasta campuran tanah liat putih atau kaolin juga boleh mempercepatkan proses penyembuhan.

Bagi kaum wanita  yang sudah berkahwin, mereka digalakkan minum air ibu kunyit yang dicampurkan dengan telor merah ayam kampung dan juga campuran madu (honey) untuk memberi kekuatan dalaman dan kesihatan yang lebih baik.

Bagi ibu-ibu yang bersalin, selepas bersalin digalakkan minum campuran ibu kunyit, garam kasar, telur ayam kampung (ambil kuning telur sahaja) dan asam jawa. bagi memberi tenaga dan memulihkan luka-luka dalaman semasa bersalin. Semasa minum air rawatan tradisional tersebut, pastikan minum sambil ibu jari kaki kanan pijak ibu jari kaki kiri. Ia hendaklah diminum awal pagi sebelum sarapan pagi. Amalkan amalan ini selama tiga hari berturut-turut.

Air kunyit ini juga boleh diminum dengan air asam jawa yang telah diramas bagi sakit dalaman serta pesakit buasir.

                                      
Kunyit

Harian Metro bertarikh 11 March 2014
Kunyit Herba Utama Penyembuh Mujarab.


www.fb.com/claynaturalhealings



Saturday, January 28, 2017

Busuknya Alat Sulit

Cuci Alat Sulit Berbau

Penjagaan alat sulit atau kemaluan adalah amat penting. Ramai yang tidak mengendahkan kebersihannya dan hanya membersihkan dengan menggunakan pencuci bahan kimia. 

Antara faktor yang menyebabkan alat sulit berbau ialah kerana pengeluaran peluh yang berlebihan serta alat sulit yang tidak dicuci bersih sehingga meninggalkan kesan pencuci bahan kimia yang masih melekat ke kawasan persekitaran alat sulit.

Secara logik, penggunaan bahan kimia dalam jangka masa akan memberi kesan yang tidak baik kepada alat sulit kita. Oleh itu, sebagai pencuci alternatif, tanah liat putih boleh digunakan untuk mencuci alat sulit kita. Bau yang tidak menyenangkan akan hilang serta-merta (on the spot).

Caranya basahkan sedikit serbuk tanah liat putih dengan air, gosok alat sulit dan biarkan seketika dalam 1-3 minit. Bilas dengan air bersih.

Bau wangi, suami pun sayang...

Busuknya....

www.fb.com/claynaturalhealings


Awet Muda Dalam Masa 20 Minit

Awet Muda Dalam Masa 20 Minit

Tahukah anda bahawa bawang putih juga boleh merawat wajah? Tetapi, ia hendaklah dicampur dengan tanah liat putih dan juga madu untuk kesan yang lebih cepat. Ini disebabkan oleh bawang putih mempunyai rasa dan bau yang menyengat hidung. Walau bagaimanapun bawang putih merupakan antioksidan, anti bakteria dan juga anti kanser.

Rawatan ini juga dapat menegangkan kulit, melembabkan serta memulihkan kulit.

Caranya mudah sahaja. Giling atau tumbuk beberapa ulas bawang putih sehingga halus. Campurkan pasta bawang putih dengan 1/2 senduk madu dan 1/2 senduk serbuk tanah liat putih serta sedikit air suling. Gaul sebati.

Oleskan pasta ke wajah dan biarkan selama 20 minit. Selepas itu, bilas dengan air bersih. Pastikan hanya sapu nipis sahaja dengan kuantiti bawang putih yang sedikit.

Bagi yang tidak tahan dengan bawang putih, gantikan bawang putih tersebut dengan putih telur dan tepung beras yang telah ditumbuk halus.

❤😘 Semoga bermanfaat untuk semua.

Amaran : 
Bagi kulit wajah yang sensitif, jangan dicuba sekiranya tidak tahan. Hanya sapu nipis sahaja dan kuantiti bawang putih yang digunakan hendaklah seulas ke tiga ulas sahaja.


Pasta Tanah Liat Putih + Madu + Bawang Putih.


www.fb.com/claynaturalhealings