TANAH LiAT PUTIH. 100% Semulajadi. Selamat Digunakan. Sesuai untuk semua jenis kulit dan peringkat umur. Begin With Clay. Live With Clay End With Clay. Natural Ingredients And Remedies Are The Best Do It Yourself. Get Yourself Busy With White Clay Powder. Mask Your Face And Many More...

Tuesday, January 31, 2017

Sakit Gatal Kulit

Anda sakit gatal kulit? kusta? kurap? Ubatinya spt yg diperintahkanNya kpd Nabi Ayyub a.s. yg menderita kerana penyakit dalam Surah Sod ayat ke-42.

ارْكُضْ بِرِجْلِكَ هَذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وَشَرَابٌ

“Hentaklah (Bumi) dengan kaki kamu”, (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): “Inilah air sejuk untuk mandi dan minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin)”.

Kaedahnya:

1. Mandi dengan air daun bidara 7 helai setiap hari (diramas dan digosok daunnya) atau;

2. Mandi dengan limau purut setiap hari atau ;

3. Mandi dengan larutan sesudu garam/tawas atau ;

4. Mandi dengan campuran segenggam tanah (bukan macam nak samak) ;

5. Mandi dengan daun gelenggang (diramas dan digosok daunnya). (Perubatan tradisional Melayu).

Sebelum mandi, hentakkan kaki ke Bumi (menghentak kaki ke bumi mungkin suatu bidaah, tetapi untuk rawatan kulit ini, kita mahu ambil keberkatan hentakan kaki sebagaimana perbuatan Nabi Ayyub a.s dalam wahyu Illlahi), lalu dijirus air ke seluruh tubuh sambil membaca doa sebelum mandi, doanya ialah :

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
ارْكُضْ بِرِجْلِكَ هَذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وَشَرَابٌ

Kesemua air mandian dicampur ais kerana yang kita nak dapatkan ialah air sejuknya (بَارِدٌ).

Jgn lupa buat zikir 83x selepas solat, zikirnya dari doa nabi Ayyub iaitu :

أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”.

Kredit kedir : Whatsapp UW.

www.fb.com/claynaturalhealings


0 comments:

Post a Comment