TANAH LiAT PUTIH. 100% Semulajadi. Selamat Digunakan. Sesuai untuk semua jenis kulit dan peringkat umur. Begin With Clay. Live With Clay End With Clay. Natural Ingredients And Remedies Are The Best Do It Yourself. Get Yourself Busy With White Clay Powder. Mask Your Face And Many More...

Saturday, January 28, 2017

Awet Muda Dalam Masa 20 Minit

Awet Muda Dalam Masa 20 Minit

Tahukah anda bahawa bawang putih juga boleh merawat wajah? Tetapi, ia hendaklah dicampur dengan tanah liat putih dan juga madu untuk kesan yang lebih cepat. Ini disebabkan oleh bawang putih mempunyai rasa dan bau yang menyengat hidung. Walau bagaimanapun bawang putih merupakan antioksidan, anti bakteria dan juga anti kanser.

Rawatan ini juga dapat menegangkan kulit, melembabkan serta memulihkan kulit.

Caranya mudah sahaja. Giling atau tumbuk beberapa ulas bawang putih sehingga halus. Campurkan pasta bawang putih dengan 1/2 senduk madu dan 1/2 senduk serbuk tanah liat putih serta sedikit air suling. Gaul sebati.

Oleskan pasta ke wajah dan biarkan selama 20 minit. Selepas itu, bilas dengan air bersih. Pastikan hanya sapu nipis sahaja dengan kuantiti bawang putih yang sedikit.

Bagi yang tidak tahan dengan bawang putih, gantikan bawang putih tersebut dengan putih telur dan tepung beras yang telah ditumbuk halus.

❤😘 Semoga bermanfaat untuk semua.

Amaran : 
Bagi kulit wajah yang sensitif, jangan dicuba sekiranya tidak tahan. Hanya sapu nipis sahaja dan kuantiti bawang putih yang digunakan hendaklah seulas ke tiga ulas sahaja.


Pasta Tanah Liat Putih + Madu + Bawang Putih.


www.fb.com/claynaturalhealings


0 comments:

Post a Comment