Pada tanggal 18 Disember 2016, saya mendapat ilmu baru iaitu cara-cara untuk mengatasi gigitan serangga kaligata atau gatal-gatal selain menggunakan serbuk tanah liat putih. Terima kasih Tuan Mior Abdul Rahman.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :
- Bedak sejuk atau tepung beras
- Daun bambu
- Bawang merah
Blender kesemua bahan dan tempek. Sekiranya menggunakan serbuk tanah liat putih, hanya campur air dan tempek kepada kawasan kulit yang gatal.
Buat pengetahuan semua, tepung beras boleh dibuat sendiri iaitu dengan merendam beras selama sekurang-kurangnya 6 jam dengan air bersih. Air tersebut ditoskan terlebih dahulu. Selepas itu, beras tersebut ditumbuk halus atau diblender kering. Ia telah siap untuk digunakan.
Semoga bermanfaat untuk semua.
Bahan-bahan yang diperlukan.
Ramuan yang telah sebati dan siap digunakan.
Tempek dan sapu ke kawasan yang gatal.
0 comments:
Post a Comment