Food For Cell Healings
Ramai yang tidak tahu apakah kegunaan dan khasiat tanah liat putih. Oleh itu blog ini akan menceritakan tentang serba sedikit mengenai serbuk tanah liat putih serta bahan-bahan alami atau semulajadi yang kita boleh gunakan dalam kegunaan seharian kita.
Tanah liat putih (white clay) atau lempung ini dikenali sebagai pembersih dan merawat secara semulajadi dan digelar 'Food For Cell Healings' iaitu rawatan dari hujung rambut ke hujung kaki (from head to toe). Ia telah digunakan sejak berabad yang lalu tetapi telah semakin luput dalam ingatan kerana sumbernya terhad.
White clay ini bukan sahaja berfungsi menyerap dan membuang segala kotoran yang terdapat pada kulit kita, malahan ia menjadikan kulit kita semakin sihat, bersih, halus & gebu secara semulajadi tanpa sebarang bahan kimia.
Ini disebabkan oleh white clay juga bertindak menarik atau mengeluarkan bakteria, kuman dan mikrob yang dipanggil parasit yang tinggal di bawah lapisan kulit kita. Sekiranya ia digunakan berterusan, kita akan mendapat hasil yang memuaskan.
Setiap individu juga akan mendapat hasil yang berbeza samada cepat atau lambat sebagaimana berbezanya cop jari dan DNA masing-masing. Apa yang penting ia adalah selamat digunakan dan bertindak secara semulajadi tanpa bahan kimia yang boleh mengakibatkan kanser.
0 comments:
Post a Comment