Sakit Gigi Dan Penyelesaiannya
Berikut merupakan antara petua-petua yang boleh diamalkan apabila sakit gigi dan gusi sebelum berjumpa doktor gigi :
- Kumur-kumur dgn air garam atau guna Listerin. Selepas itu, gosok gigi dengan cara yang betul.
- Kunyah atau hisap bunga cengkih untuk matikan bakteria.
- Gosok gigi dengan betul dan berus lidah bahagian atas sekali.
- Kumur dgn air rebusan daun sireh.
- Jika gigi berlubang, selepas berkumur dgn kaedah di atas, tempek gigi berlubang dgn daun sireh. Makan seperti biasa sementara berjumpa doktor.
- Jangan minum minuman sejuk atau berais kerana ia menjadikan gigi menjadi ngilu.
- Makan makanan yang lembut dan senang dikunyah.
- Jika gusi bengkak, tempek ke bahagian yang sakit dengan serbuk tanah liat putih. Jangan sesekali meletak sebarang minyak terutamanya minyak herba kerana ia akan memanaskan bahagian gigi dan gusi yang sakit serta merangsangkan pembengkakan gusi.
Semoga bermanfaat untuk semua.
Tiada siapa yang dapat menahan sakit gigi dan gusi sehingga menyebabkan sakit kepala yang teruk. Oleh itu, cegah sebelum parah.
![]() |
www.fb.com/claynaturalhealings |
0 comments:
Post a Comment