TANAH LiAT PUTIH. 100% Semulajadi. Selamat Digunakan. Sesuai untuk semua jenis kulit dan peringkat umur. Begin With Clay. Live With Clay End With Clay. Natural Ingredients And Remedies Are The Best Do It Yourself. Get Yourself Busy With White Clay Powder. Mask Your Face And Many More...

Tuesday, January 24, 2017

Evil Eyes Dan Pandangan Peribadi Penulis

Evil Eyes Dan Pandangan Peribadi Penulis

Banyak pendapat dan pandangan mengenai 'Evil Eyes' yang saya dengar dan baca daripada pelbagai sumber. Oleh itu, saya kongsikan sedikit apa yang saya tahu mengenai 'Evil Eyes'. Mungkin ramai yang meneka bahawa ia merupakan simbol note dollar iaitu mata satu. Sebenarnya tidak juga.

Evil eyes ini lahir daripada manusia yangg bersifat cemburu atau jealousy  yang bersifat keterlaluan. Hatinya penuh dengan noda-noda hitam sehingga dia tanpa sedar menggunakan minda separa sedar dan mata ke-3 dengan aura yang bertukar daripada warna pelangi kepada warna kegelapan.

Untuk pengetahuan, org yang mempunyai energi negatif ini terpaksa mencari seseorang untuk melepaskan aura negatif tersebut. Kesannya, org yang terkena aura negatif daripada evil eyes ini akan keletihan, sakit-sakit dan berbisa seluruh badan, terserap serta terhalang oleh aura negatif ini.

Jadi, mereka yang seperti ini tidak sedar yang mereka mencipta evil eyes itu sendiri. Kebiasaannya orang-orang seperti ini kerap bersangka buruk yang teramat sangat dan beranggapan mereka sentiasa betul sedangkan sebaliknya. Iman mereka sentiasa goyah dan hidup dalam kepura-puraan serta sombong dan angkuh di dalam diam.

Oleh itu, bagi mengelakkan evil eyes ini, perisau atau protection diri adalah perlu. Pelbagai cara boleh dibuat dan diusahakan. Antaranya ialah :

🌷Mandi terus dengan niat membersihkan aura dan mohon perlindungan Allah s.w.t jika terasa seperti ada gejala-gejala yang diberitahu.

🌷Jangan sentuh sesuatu yang telah dipegang oleh orang yang baru sahaja marah-marah. No good energy.

🌷Amalkan ayat Qursi, 3 Qul dan lain-lain setiap kali memulakan sesuatu.

🌷Jangan tatap mata mereka secara langsung atau direct.👁

🌷Tanggalkan kasut dan biarkan berkaki ayam seketika. Pijak rumput atau tanah dalam masa 5-10 minit. Kenapa perlu berbuat sedemikian? Ini disebabkan oleh tanah akan menyerap atau absorb serta meneutralkan semula aura kita. Selepas itu, mandi terus kerana kita akan rasa keletihan dan sengal-sengal tapak kaki.

🌷Buat terapi air atau terapi air tanah liat.

Untuk pembacaan lanjut mengenai 'evil eyes' :

❤ Semoga bermanfaat untuk semua.

Gambaran 'evil eyes'.

0 comments:

Post a Comment