Ramuan rahsia untuk buat pasta tradisional di atas adalah seperti berikut :
- Serbuk tanah liat putih
- Tepung beras
- Perahan sebiji air limau nipis/kasturi.
- Kunyit hidup yang telah ditumbuk halus
- Putih telur
- Air ditapis/disuling untuk sebatikan campuran pasta
Caranya :
- Beras direndam dengan air suling semalaman atau sekurang-kurangnya 6 jam. Lebih lama direndam adalah lebih bagus (seperti membuat bedak sejuk). Selepas direndam, toskan air rendaman beras.
- Tumbuk beras sehingga halus atau diblender. Ia akan menjadi seperti tepung.
- Gunakan nisbah 1:1 untuk serbuk tanah liat putih dan tepung beras.
- Campurkan semua bahan satu-persatu dan kacau sebati.
- Selepas sebati, jika digunakan sebagai masker wajah, tempek selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan sebelum tidur untuk mendapatkan keberkesanan yang lebih berkesan.
- Sebagai optional, selepas menggunakan masker, anda boleh tempek serbuk tanah liat putih yang telah dicampur sedikit air sebagai bedak sejuk dengan sapuan nipis sahaja. Ia boleh dibawa tidur dan dibilas pada keesokan harinya.
Antara khasiat dan kegunaan pasta tradisional di atas adalah seperti berikut :
1-Menegang dan menghaluskan kulit.
2-Mengurangkan jeragat/jerawat.
3-Boleh digunakan untuk luhur badan bagi menghilangkan daki badan.
4-Mengembalikan wajah ke warna asal.
5-Menghilangkan kegatalan kulit wajah akibat resdung dan pencemaran alam.
6-Menaikkan seri wajah jika digunakan berterusan.
*Nota : Baki pasta boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk tahan lama. Kebiasaannya ia boleh tahan sehingga seminggu.
Bahan-bahan ramuan tradisional dan semulajadi yang digunakan.
Serbuk tanah liat putih dan tepung beras.
Kunyit hidup.
Limau kasturi atau limau nipis.
Putih telur.
Air mineral atau air yang telah disuling.
Pasta yang telah siap diadun.
Siap digunakan pada wajah. Selamat digunakan dan semulajadi. Hasilnya boleh dirasai on the spot selepas penggunaan.
0 comments:
Post a Comment