Serbuk tanah liat putih atau digelar kaolin ini sebenarnya bukan hanya dijadikan bedak, masker wajah atau luhur badan, malahan ia juga boleh dijadikan sebagai pengganti pencuci muka.
Kebanyakkan daripada kita biasanya akan menggunakan pelbagai jenis pencuci muka yang dibeli di pasaran. Namun begitu, tahukah anda bahawa sekiranya muka anda berminyak, anda boleh terus menggunakan serbuk tanah liat putih ini. Ini boleh dilakukan dengan mencampurkan tanah liat putih ini dengan sedikit air yang diletakkan di tapak tangan sebelum mandi. Gosok wajah perlahan-lahan seperti menggunakan pencuci muka yang lain seperti biasa. Selepas itu, biarkan seketika sementara anda mencuci badan. Selepas itu, bilas dengan air bersih.
Anda akan dapat merasakan kesannya selepas mandi. Muka yang berminyak telah kembali pulih seperti sedia kala kerana antara fungsi utama tanah liat putih ini adalah menyerap sebarang logam dan kesan berminyak yang terdapat pada wajah dan juga tubuh badan.
Anda juga boleh menggunakan tanah liat putih ini untuk luhur badan bagi membuang sisa-sisa daki yang ada pada tubuh badan.
Tanah liat putih bukan hanya sebagai bedak, masker wajah atau luhur badan tetapi boleh dijadikan sebagai pengganti pencuci muka sedia ada. Harganya murah dan berpatutan serta kegunaannya serbaguna warisan tradisi turun-temurun.
![]() |
www.fb.com/claynaturalhealings |
0 comments:
Post a Comment